Pejabat Gabungan Koperasi Sekolah Negeri Sembilan Berhad
Pejabat GKSNSB di No.5, Tingkat 1, Pulai Avenue, Jalan Pulai Perdana 2,Taman Pulai Perdana,Seremban. Pembelian barangan boleh dibuat di sini.
Mesyuarat Agung GKSNSB Ke-13
Mesyuarat Agung GKSNSB Ke-13 telah dijalankan di Dewan Gemilang, SMK Dato' Shahardin, Labu pada Rabu, 19 Jun 2013. Majlis perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh Dato' Hasim bin Rusdi, Pengerusi Jawatankuasa Pertnian dan Industri Asas Tani.
Tawaran Jualan Air Mineral
GKSNSB berbesar hati menawarkan kepada ahli-ahli gabungan, bekalan air mineral berjenama kita sendiri pada kos belian yang sangat murah. Pek satu karton yang mengandungi 24 botol isipadu 500 ml pada harga RM 10.20. Hubungi pejabat GKSNSB untuk membuat tempahan.
Wednesday, 5 August 2015
Mesyuarat Agung GKSNSB Ke-15 (Tahun 2015)
Mesyuarat Agung GKSNSB Ke-15 telah didakan pada hari Rabu 5 Ogos 2015 bertempat di Dewan Ibnu Sina, SMK Agama Sheikh Haji Mohd Said (SHAMS) Seremban.
Turut hadir ialah Tuan Haji Sazali Sam, pengetua SMK Seri Ampangan yang telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu.
Turut hadir ialah Tuan Haji Sazali Sam, pengetua SMK Seri Ampangan yang telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu.
Wednesday, 29 May 2013
Kunjungan Hormat ke Pejabat Pengarah SKM Negeri Sembilan
Sembilan orang ahli lembaga koperasi GKSNSB yang diketuai oleh Pengerusi GKSNSB, Puan Hajah Noorizan Abd. Latif telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Tuan Haji Zakaria bin Mat Jusoh, Pengarah SKM Negeri Sembilan pada hari ini, Rabu 29 Mei 2013.
Tujuan lawatan adalah untuk mengeratkan silatur-rahim antara ALK GKSNSB dengan pegawai-pegawai di SKM Negeri Sembilan di samping mendapatkan maklumat terkini dari tuan pengarah SKM Negeri Sembilan berkaitan dengan usaha-usaha SKM Negeri Sembilan dalam membantu meningkatkan aktiviti koperasi terutamanya koperasi sekolah. Tuan pengarah SKM Negeri Sembilan telah sudi menerima pandangan dan membincangkan isu-isu yang ditimbulkan oleh GKSNSB.
Di pertemuan ini juga Pengerusi GKSNSB, Puan Hajah Noorizan Abd.Latif telah menyampaikan taklimat tentang aktiviti-aktiviti GKSNSB dan menyampaikan cadangan-cadangan dalam meningkatkan kemajuan GKSNSB.
Friday, 24 February 2012
Alatan Pembersihan
Gabungan Koperasi Sekolah Negeri Sembilan Berhad turut menawarkan alatan pembersihan kepada ahli-ahli gabungan dengan kadar harga yang sangat berpatutan. Sehingga kini, pihak urus setia gabungan koperasi sekolah membekalkan sejumlah 18 item alatan pembersihan untuk digunakan di sekolah ahli gabungan koperasi masing-masing.
Senarai lapan belas alatan pembersihan itu adalah seperti di dalam senarai di bawah:
Pihak urus setia gabungan koperasi sekolah akan menambah senarai alatan pembersihan ini dari semasa ke semasa agar lebih banyak alatan pembersihan dapat ditawarkan kepada ahli-ahli gabungan koperasi. Dengan itu diharapkan ahli-ahli gabungan koperasi sekolah akan mendapat pulangan yang besar dalam bentuk pemberian dividen yang lebih tinggi hasil daripada jualan koperasi yang semakin meningkat.
- Penyapu gandum
- Penyapu plastik
- Skop sampah
- Bakul sampah
- Tong sampah 12 gelen
- Mop
- Berus tandas
- Penyapu tandas platik
- Pencakar rumput plastik
- Penyapu sawang
- Bulu ayam nylon
- Plastik sampah (biru)
- Plastik sampah hitam 10's - 1 kg
- Plastik sampah hitam 25's - 1 kg
- Bulu ayam
- Pemadam papan putih
- Hand wash Upin dan Ipin (Strawberry, Fruit Candy, Green Apple)
- Kid Travel Pack Upin dan Ipin
Tuesday, 21 February 2012
Tawaran Jualan Air Mineral
Urus Setia gabungan koperasi sekolah menawarkan jualan air mineral yang berkualiti pada harga yang sangat berpatutan.
Diharapkan sekolah-sekolah ahli GKSNSB dapat membuat pesanan pembelian terus ke pejabat gabungan koperasi sekolah supaya bekalan air mineral dapat disampaikan ke destinasinya mengikut jadual dan sesuai dengan masa ia diperlukan,
Diharapkan sekolah-sekolah ahli GKSNSB dapat membuat pesanan pembelian terus ke pejabat gabungan koperasi sekolah supaya bekalan air mineral dapat disampaikan ke destinasinya mengikut jadual dan sesuai dengan masa ia diperlukan,
Bekalan Barangan Pejabat
Urus Setia Gabungan Koperasi Sekolah Negeri Sembilan Berhad (GKSNSB) kini membekalkan 34 item kegunaan pejabat yang biasa dan kerap digunakan di pejabat sekolah dan lain-lain bilik khas di sekolah. Ini termasuklah bilik guru, bilik pengetua, bilik makmal, perpustakaan, pusat sumber sekolah dan seumpamanya.
Pihak gabungan koperasi sekolah berbesar hati dapat membekalkan peralatan pejabat pada harga yang mampu dibeli oleh sekolah. Hasrat gabungan koperasi sekolah adalah membantu sekolah-sekolah mendapatkan bekalan peralatan pejabat dengan mudah, cepat dan berterusan supaya kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran sekolah dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan.
Gabungan koperasi sekolah turut membekalkan dua papan tanda iaitu papan tanda 1Malaysia dan papan tanda Misi dan Visi Sekolah. Senarai barangan keperluan pejabat yang dibekalkan oleh GKSNSB adalah seperti berikut:
- Permanent marker pen pelbagai warna jenama Kedidi
- Whiteboard marker pen pelbagai warna jenama Kedidi
- Artline 70 Permanent marker pen pelbagai warna
- Artline 500 Whiteboard marker pen pelbagai warna
- Klip kertas 31 mm
- Dawai kokot kecil No. 10
- Dawai kokot besar No. 3
- Stapler kecil jenama Max HD-10
- Double sided tape 12 mm
- Double-sided tape 18 mm
- Binding tape 24 mm
- Binding tape 36 mm
- Masking tape 24 mm
- Masking tape 36 mm
- Celotape 18 mm
- Celotape 24 mm
- Super black board duster
- Whiteboard duster jenama Cherry 802
- Gam kecil 50 ml
- Gam besar 1000 ml
- Kapur tulis putih
- Kapur tulis warna
- Fail poket
- Arch file 3"
- Ring File 1"
- Fail kertas warna coklat
- Papan tanda 1 Malaysia saix 3' x 4'
- Papan tanda Misi / Visi saiz 3' x 4'
- Kertas A4 IK Yellow (70 gsm)
- Kertas A4 IK Yellow (80 gsm)
- Kertas warna A4 Sunflower
- Sampul surat putih saix 4" x 9" (1 kotak mengandungi 500 keping sampul)
- Sampul surat berjendela saiz 4" x 9"
- Sampul surat 10" x 12" (1 kotak)
Monday, 20 February 2012
Tawaran Jualan Buku Tulis
Pihak Gabungan Koperasi Sekolah Negeri Sembilan Berhad (GKSNSB) ingin memaklumkan projek jualan buku tulis dan buku kokurikulum masih diteruskan untuk tahun 2012. Untuk makluman ahli-ahli koperasi gabungan, urus setia GKSNSB telahpun menghantar surat makluman kepada semua ahli pada 23 Mei 2011 yang lalu beserta Borang Pesanan Buku Tulis 2012.
Pada tahun ini, tujuh item ditawarkan iaitu buku tulis garis satu tebal 80 muka surat, buku petak kecil tebal 80 muka surat, buku nota sains saiz A4 tebal 80 muka surat, buku penulisan saiz A4 tebal 80 muka surat, test pad tebal 50 helai, dan buku kokurikulum. Harga yang ditawarkan kepada ahli-ahli gabungan adalah sangat kompetitif dan setanding atau kurang daripada harga di pasaran supaya ahli koperasi sekolah masing-masing dapat menambah keuntungan untuk koperasi sekolah masing-masing.
Harga yang ditawarkan adalah seperti dalam jadual di bawah:
Pada tahun ini, tujuh item ditawarkan iaitu buku tulis garis satu tebal 80 muka surat, buku petak kecil tebal 80 muka surat, buku nota sains saiz A4 tebal 80 muka surat, buku penulisan saiz A4 tebal 80 muka surat, test pad tebal 50 helai, dan buku kokurikulum. Harga yang ditawarkan kepada ahli-ahli gabungan adalah sangat kompetitif dan setanding atau kurang daripada harga di pasaran supaya ahli koperasi sekolah masing-masing dapat menambah keuntungan untuk koperasi sekolah masing-masing.
Harga yang ditawarkan adalah seperti dalam jadual di bawah:
- Buku tulis garis satu (80 muka surat) - Harga jualan 45 sen senaskhah
- Buku tulis petak kecil (80 muka surat) - Harga jualan 45 sen senaskhah
- Buku Nota Sains A4 (80 muka surat) - RM 1.10 senaskhah
- Buku Penulisan A4 (80 muka surat) - RM 1.10 senaskhah
- Test pad (50 helai) - RM 1.70
- Kertas OMR (500 helai / rim) - RM 19.00
- Buku kokurikulum - RM 2.50
Sunday, 19 February 2012
Sejarah Penubuhan Koperasi
Gabungan Koperasi Sekolah Negeri Sembilan Berhad (GKSNSB) telah ditubuhkan pada 6 November 2000 bertempat di Hotel Seri Malaysia Port Dickson di atas inisiatif Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (kini Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Sembilan.
Satu majlis taklimat penubuhan GKSNSB telah diadakan pada 27 Mac 2001 bertempat di Dewan Besar Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban bertujuan untuk memberi penerangan tentang objektif GKSNSB sekaligus mempelawa koperasi sekolah masing-masing mendaftar sebagai anggota.
Dalam usia yang begitu muda, GKSNSB telah berjaya mengumpul sebanyak 51 buah koperasi sekolah di Negeri Sembilan menjadi anggota gabungan koperasi.
Objektif penubuhan GKSNSB adalah untuk membantu memantapkan perniagaan koperasi-koperasi sekolah dalam membekalkan alatan dan keperluan persekolahan kepada koperasi-koperasi pada harga yang berpatutan dan kompetitif.
Subscribe to:
Posts (Atom)