Friday, 24 February 2012

Alatan Pembersihan

Gabungan Koperasi  Sekolah Negeri Sembilan Berhad turut menawarkan  alatan pembersihan kepada ahli-ahli gabungan dengan kadar harga yang sangat berpatutan. Sehingga kini, pihak urus setia gabungan koperasi sekolah membekalkan sejumlah 18 item alatan pembersihan untuk digunakan di sekolah ahli gabungan koperasi masing-masing.

Pihak urus setia gabungan koperasi sekolah akan menambah senarai alatan pembersihan ini dari semasa ke semasa agar lebih banyak alatan pembersihan dapat ditawarkan kepada ahli-ahli gabungan koperasi. Dengan itu diharapkan ahli-ahli gabungan koperasi sekolah akan mendapat pulangan yang besar dalam bentuk pemberian dividen yang lebih tinggi hasil daripada jualan koperasi yang semakin meningkat.

Senarai lapan belas alatan pembersihan itu adalah seperti di dalam senarai di bawah:
  1. Penyapu gandum
  2. Penyapu plastik
  3. Skop sampah
  4. Bakul sampah
  5. Tong sampah 12 gelen
  6. Mop
  7. Berus tandas
  8. Penyapu tandas platik
  9. Pencakar rumput plastik
  10. Penyapu sawang
  11. Bulu ayam nylon
  12. Plastik sampah (biru)
  13. Plastik sampah hitam 10's - 1 kg
  14. Plastik sampah hitam 25's - 1 kg
  15. Bulu ayam
  16. Pemadam papan putih
  17. Hand wash Upin dan Ipin (Strawberry, Fruit Candy, Green Apple)
  18. Kid Travel Pack Upin dan Ipin

Tuesday, 21 February 2012

Tawaran Jualan Air Mineral

Urus Setia gabungan koperasi sekolah menawarkan jualan air mineral yang berkualiti pada harga yang sangat berpatutan.


Diharapkan sekolah-sekolah ahli GKSNSB dapat membuat pesanan pembelian terus ke pejabat gabungan koperasi sekolah supaya bekalan air mineral dapat disampaikan ke destinasinya mengikut jadual dan sesuai dengan masa ia diperlukan,

Bekalan Barangan Pejabat

Urus Setia Gabungan Koperasi Sekolah Negeri Sembilan Berhad (GKSNSB) kini membekalkan 34 item kegunaan pejabat yang biasa dan kerap digunakan di pejabat sekolah dan lain-lain bilik khas di sekolah. Ini termasuklah bilik guru, bilik pengetua,  bilik makmal, perpustakaan, pusat sumber sekolah dan seumpamanya.

Pihak gabungan koperasi sekolah berbesar hati dapat membekalkan peralatan pejabat pada harga yang mampu dibeli oleh sekolah. Hasrat gabungan koperasi sekolah adalah membantu sekolah-sekolah mendapatkan bekalan peralatan pejabat dengan mudah, cepat dan berterusan supaya kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran sekolah dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan.

Gabungan koperasi sekolah turut membekalkan dua papan tanda iaitu papan tanda 1Malaysia dan papan tanda Misi dan Visi Sekolah. Senarai barangan keperluan pejabat yang dibekalkan oleh GKSNSB adalah seperti berikut:

  1. Permanent marker pen pelbagai warna jenama Kedidi
  2. Whiteboard marker pen pelbagai warna jenama Kedidi
  3. Artline 70 Permanent marker pen pelbagai warna
  4. Artline 500 Whiteboard marker pen pelbagai warna
  5. Klip kertas 31 mm
  6. Dawai kokot kecil No. 10
  7. Dawai kokot besar No. 3
  8. Stapler kecil jenama Max HD-10
  9. Double sided tape 12 mm
  10. Double-sided tape 18 mm
  11. Binding tape 24 mm
  12. Binding tape 36 mm
  13. Masking tape 24 mm
  14. Masking tape 36 mm
  15. Celotape 18 mm
  16. Celotape 24 mm
  17. Super black board duster
  18. Whiteboard duster jenama Cherry 802
  19. Gam kecil 50 ml
  20. Gam besar 1000 ml
  21. Kapur tulis putih
  22. Kapur tulis warna
  23. Fail poket
  24. Arch file 3"
  25. Ring File 1"
  26. Fail kertas warna coklat
  27. Papan tanda 1 Malaysia saix 3' x 4'
  28. Papan tanda Misi / Visi saiz 3' x 4'
  29. Kertas A4 IK Yellow (70 gsm)
  30. Kertas A4 IK Yellow (80 gsm)
  31. Kertas warna A4 Sunflower
  32. Sampul surat putih saix 4" x 9" (1 kotak mengandungi 500 keping sampul)
  33. Sampul surat berjendela saiz 4" x 9"
  34. Sampul surat 10" x 12" (1 kotak)

Monday, 20 February 2012

Tawaran Jualan Buku Tulis

Pihak Gabungan Koperasi Sekolah Negeri Sembilan Berhad (GKSNSB) ingin memaklumkan projek jualan buku tulis dan buku kokurikulum masih diteruskan untuk tahun 2012. Untuk makluman ahli-ahli koperasi gabungan, urus setia GKSNSB telahpun menghantar surat makluman kepada semua ahli pada 23 Mei 2011 yang lalu beserta Borang Pesanan Buku Tulis 2012.

Pada tahun ini, tujuh item ditawarkan iaitu buku tulis garis satu tebal 80 muka surat, buku petak kecil tebal 80 muka surat, buku nota sains saiz A4 tebal 80 muka surat, buku penulisan saiz A4 tebal 80 muka surat, test pad tebal 50 helai, dan buku kokurikulum. Harga yang ditawarkan kepada ahli-ahli gabungan adalah sangat kompetitif dan setanding atau kurang daripada harga di pasaran supaya ahli koperasi sekolah masing-masing dapat menambah keuntungan untuk koperasi sekolah masing-masing.

Harga yang ditawarkan adalah seperti dalam jadual di bawah:
  1. Buku tulis garis satu (80 muka surat) - Harga jualan 45 sen senaskhah
  2. Buku tulis petak kecil (80  muka surat) - Harga jualan 45 sen senaskhah
  3. Buku Nota Sains A4 (80 muka surat) - RM 1.10 senaskhah
  4. Buku Penulisan A4 (80 muka surat) - RM 1.10 senaskhah
  5. Test pad (50 helai) - RM 1.70 
  6. Kertas OMR (500 helai / rim) - RM 19.00
  7. Buku kokurikulum - RM 2.50
Catatan:  Bagi sekolah-sekolah yang ingin meletakkan logo sekolah, jumlah keseluruhan tempahan item 1 hingga item 5 hendaklah melebihi RM5000 (lima ribu ringgit Malaysia). Sertakan contoh logo. Sila hubungi pejabat koperasi di talian 06-7688055 (Cik Aishah).

Sunday, 19 February 2012

Sejarah Penubuhan Koperasi

Gabungan Koperasi Sekolah Negeri Sembilan Berhad (GKSNSB) telah ditubuhkan pada 6 November 2000 bertempat di Hotel Seri Malaysia Port Dickson di atas inisiatif Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (kini Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Sembilan.

Satu majlis taklimat penubuhan GKSNSB telah diadakan pada 27 Mac 2001 bertempat di Dewan Besar Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban bertujuan untuk memberi penerangan tentang objektif GKSNSB sekaligus mempelawa koperasi sekolah masing-masing mendaftar sebagai anggota.



Dalam usia yang begitu muda, GKSNSB telah berjaya mengumpul sebanyak 51 buah koperasi sekolah di Negeri Sembilan menjadi anggota gabungan koperasi.

Objektif penubuhan GKSNSB adalah untuk membantu memantapkan perniagaan koperasi-koperasi sekolah dalam membekalkan alatan dan keperluan persekolahan kepada koperasi-koperasi pada harga yang berpatutan dan kompetitif.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Web Hosting Coupons